Sunday, 28 October 2012

LAMAN UTAMA















GURINDAM TERPERI ANAK

Jika anak dididik cemerlang,
Jadilah anak orang terbilang.

Jika anak kasihkan ibu,
Tidaklah ibu rasa sebu.

Jika anak kasihkan bapa,
Segala nasihat anak tak lupa.

Jika anak hormati orang,
Jadilah anak bunga dikarang.

Jika anak kuatkan iman,
Jiwa anak tenteram aman.

Jika anak rajin belajar,
Tidaklah anak kurang ajar.

Jika anak rajin membaca,
Hidup anak akan bercahaya.

Jika anak baik pekerti,
Baiklah segala niat di hati.

Jika anak ringan tulang,
Segala kerja bukan kepalang.

Jika anak suka menolong,
Tidaklah orang pekik terlolong.

Jika anak tunaikan solat,
Tidaklah ibu bapa ralat.

Jika anak rajin berusaha,
Jadilah anak orang berjaya.

Jika anak ada cita-cita,
Apa dibuat hendaklah dikota
.

AzmiRahman
UUM Sintok.